MAKLUMAM: BANTUAN KEBAJIKAN PELAJAR

Berikutnya adalah kebajikan yang boleh didapati oleh pelajar:
I) Tabung Amanah Zakat
II) Tabung Kebajikan Pelajar
III) Pinjaman Pendahuluan

I) TABUNG AMANAH ZAKAT
Asnaf Zakat
1. Fakir
Dalam konteks UPM, Asnaf Fakir adalah terdiri daripada pelajar atau kakitangan Muslim yang datang daripada keluarga yang tidak mempunyai harta atau pendapatan yang halal yang boleh memenuhi keperluan anggota keluarganya termasuk makanan,
pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
Ciri-ciri keluarga fakir ialah :
>> Pelajar yang kematian bapa atau hilang tempat bergantung.
>> Bapa yang tidak ada harta atau pekerjaan.
>> Bapa yang tua atau uzur yang tidak mampu bekerja.

2. Miskin
Dalam konteks UPM, Asnaf Miskin ialah pelajar atau kakitangan yang datang dari keluarga yang mempunyai harta atau pendapatan yang tidak memenuhi keperluan anggota keluarga sepenuhnya.
Ciri-ciri pelajar miskin ialah :
>> Bapa yang ada harta atau pekerjaan tetapi tidak mencukupi keperluan asasi dan tanggungannya.
>> Bapa yang tua atau uzur yang tidak mampu bekerja.
>> Pelajar yang ibu dan bapanya bercerai.

3. Muallaf
Dalam konteks UPM, muallaf ialah pelajar bumiputera bukan Islam atau kakitangan bukan Islam yang memeluk Islam dan imannya perlu diperkuatkan. Maka dengan pemberian agihan ini diharapkan dapat menguatkan keimanannya terhadap Islam serta mendekatkan orang-orang bukan Islam lain kepada Islam.

4. Fisabilillah
Fisabilillah ialah tiap-tiap pekerjaan atau aktiviti yang menjurus kepada keperluan dan maslahah untuk menegak dan mengembangkan syiar Islam di dalam dan di luar UPM. Dalam konteks UPM, asnaf ini ialah segala bentuk usaha yang berbentuk dakwah Islamiyyah untuk memperkukuh dan meningkatkan penghayatan Islam di kalangan warga Muslim UPM.
Fisabilillah juga merangkumi penganjuran program-program seperti seminar, ceramah, kursus, program bina insan, qiyamullail dan lain-lain dan telah mendapat kelulusan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia.

5. Ibnu-sabil
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya. Pengembaraan diharuskan oleh syarak. perhatian kepada pelajar yang ingin mendapatkan borang permohonan bantuan zakat.
Sebelum mendapatkan borang Permohonan Bantuan Zakat (UPM/HEPA/BHEP/UPZK/B001) daripada Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian di kompleks mahasiswa, anda hendaklah menyediakan beberapa dokumen yang telah DISAHKAN BENAR seperti berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Kad Matrik
3. Salinan Keputusan Peperiksaan terkini
4. Salinan Lejar Pelajar (sekiranya berhutang dengan universiti)
5. Salinan surat Tawaran Praktikal (jika berkenaan)
6. Salinan Penyata Gaji/ Penyata Pencen / Surat Pengesahan pendapatan Ibu & Bapa atau Penjaga
7. Salinan Muka depan Buku Bank CIMB/ Salinan Slip Pengesahan Nombor Akaun CIMB (2 salinan)
8. Salinan surat keputusan permohonan zakat terdahulu (jika pernah memohon zakat)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 03-89471332/1328

=========================================================================================

II) TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR
Tabung ini menyediakan kemudahan bantuan kecemasan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan juga digunakan untuk pengurusan jenazah, bantuan perubatan, bantuan pembelian alat sokongan, dan sebagainya. Sumber tabung ini adalah hasil daripada sumbangan semua pelajar yang dibayar sekali sahaja ketika pendaftaran untuk sepanjang tempoh pengajian sebanyak RM 10.00 seorang dan juga daripada keuntungan penyertaan Skim Insuran Berkelompok.

Terdapat 2 bentuk bantuan dalam Tabung Kebajikan Pelajar, iaitu ;-
i) Bantuan Wang Tunai
ii) Bantuan Meal Kad (dalam nilai RM 100 dan RM 50)

1. Syarat-syarat Permohonan Bantuan Kebajikan
Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
i. Mempunyai status akademik BAIK.
ii. Pelajar berstatus Aktif
iii. Warganegara Malaysia
iv. Mempunyai masalah kewangan yang serius/ kecemasan
v. Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan tatatertib
vi. Memperakukan bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar.
      Pihak universiti berhak mengenakan tindakan tatatertib jika didapati maklumat yang diberikan adalah palsu.
vii. Berasaskan pertimbangan dan budi bicara Ketua Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar, BHEP.

2. Aliran Permohonan
i. Temuduga/ siasatan oleh Ketua unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar, BHEP
ii. Sokongan dari Ketua Unit Kebajikan dan Kewangan pelajar, BHEP
iii. Kelulusan oleh Y. Bhg. Timbalan Naib Canselor (HEPA)
iv. Penyelarasan M-Kad atau wang tunai.
v. Perakuan menerima bantuan oleh pemohon.
vi. Mengembalikan M-Kad selepas selesai digunakan (sekiranya pelajar layak menerima bantuan M-Kad)

3. Kadar Bantuan
i. Kad Makan (Meal Card) ~ sama ada RM 50 atau RM 100
ii. Wang Tunai ~ di antara RM 50 hingga RM 250
iii. Pengurusan Jenazah ~berdasarkan kes, punca kematian, jarak dan kaedah penghantaran

4. Dokumen yang diperlukan
>> Kemalangan/ kecurian/ bencana Alam
i. Borang permohonan
ii. surat iringan permohonan bantuan { u:p : Timbalan Naib Canselor (HEPA) }
iii. laporan polis (kemalangan/ kecurian/ bencana alam)
iv. laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (kes becana alam)
v. salinan kad pengenalan
vi. salinan kad pelajar
vii. dokumen-dokumen sokongan daripada hospital
Pelajar yang ingin menjalani pembedahan / rawatan kritikal, anda dikehendaki memajukan dokumen sebulan sebelum rawatan dijalankan
viii. salinan keputusan peperiksaan terkini

5. Cara Memohon
Borang boleh didapati di Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM atau ;-
Sebarang pertanyaan boleh berurusan dengan pihak Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar.

=========================================================================================

III) PINJAMAN PENDAHULUAN
TABUNG PUSINGAN KERAJAAN NEGERI (PINJAMAN PENDAHULUAN)
Tabung ini menyediakan pinjaman pendahuluan kepada mana-mana pelajar yang mempunyai penaja tetapi belum mendapat bayaran. Pinjaman ini tidak lebih daripada RM 400.00 kepada semua pelajar kecuali pelajar Fakulti Perubatan yang mana kadarnya tidak melebihi RM 1,000.00.

Tabung Pusingan ini terdiri daripada :
i. Tabung Pusingan Negeri Melaka
ii. Tabung Pusingan Negeri Selangor
iii. Tabung Pusingan Negeri Johor
iv. Tabung Pusingan Negeri Sarawak
v. Tabung Pusingan Negeri Pahang
vi. Tabung Pusingan Negeri Kelantan
vii. Tabung Pusingan Negeri Kedah
viii. Tabung Pusingan Negeri Pulau Pinang
ix. Tabung Pusingan Negeri Negeri Sembilan
x. Tabung Pusingan Negeri Terengganu/ Perlis/ Perak/ KL
xi. Tabung Pusingan Negeri Sabah

1. Syarat-syarat Permohonan Pinjaman
Permohon hendaklah mengisi borang permohonan jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
i. Mempunyai status akademik BAIK
ii. Berstatus aktif
iii. Warganegara Malaysia
iv. Mempunyai penaja
v. Bukan pelajar semester akhir
vi. Tidak berhutang dengan universiti
vii. Tidak pernah disabitkan kesalahan tatatertib
viii. Memperakukan bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar.
Pihak Universiti berhak mengenakan tindakan tatatertib jika didapati maklumat yang diberikan adalah palsu.

2. Aliran Permohonan
i. Semakan oleh Ketua Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar, BHEP, UPM
ii. Sokongan oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM
iii. Kelulusan oleh Pejabat Bendahari UPM (jika pelajar tiada berhutang)
iv. Pengeluaran cek oleh Pejabat Bendahari
v. Potongan oleh Pejabat Bendahari daripada penajaan yang diperolehi.

3. Kadar Pinjaman
i. RM 400.00 ke bawah (kepada semua pelajar)
ii. RM 1000.00 ke bawah (kepada pelajar Program Doktor Perubatan sahaja)

4. Dokumen yang diperlukan
i. Borang permohonan
ii. Keputusan peperiksaan yang terkini yang telah disahkan oleh mana-mana pegawai.

5. Cara Memohon
Borang boleh didapati di Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia atau ;
Sebarang pertanyaan boleh berurusan dengan pihak Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM
Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 603-8946 6068

One Response to MAKLUMAM: BANTUAN KEBAJIKAN PELAJAR

  1. Pingback: MAKLUMAN: BIASISWA/PINJAMAN YANG BOLEH DIMOHON « MPP UPM 2010/2011

Leave a comment