ISU : Pertukaran Taraf Subjek Kokurikulum

Assalamualaikum / Hi,

Selepas perbincangan Wakil MPP dengan Pegawai Bahagian Akademik UPM dan Pusat Kokurikulum UPM pada 9/5/2011 mengenai ‘amaran denda RM50 bagi pertukaran status kursus koku dari EL ke YW selepas semester baru pada bulan September’ bagi pelajar sesi 2010/2011.

Keputusan 3/6/2011 : Bahagian Akademik UPM telah meluluskan permohonan Wakil MPP & Pusat Koku untuk melanjutkan tempoh selama 2 minggu selepas semester dibuka bagi pelajar sesi 2010/2011 untuk membuat penukaran taraf kursus Kokurikulum Berkredit dari EL ke YW tanpa denda.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Wakil MPP : Saudara Hor Ming Jai (016-510 9977) / Saudari Tan Bee Fen (016-668 9479)

ISU : Bilik Stor Kolej Serumpun

Assalamualaikum / Hi,

Untuk makluman rakan-rakan UPM sekalian,

Pihak MPP dan Exco Kebajikan Kolej 16 telah berunding dengan pengurus PJSD, En. Rasemi bin Mat Alim berhubung masalah bayaran stor yang tinggi dan kekurangan stor yang disediakan untuk kolej2 serumpun sepanjang cuti semester yang akan datang.

Penjelasan berhubung bayaran stor yang lebih mahal berbanding semester lepas yang dikenakan oleh PJSD adalah disebabkan cuti semester pada kali iniagak panjang iaitu selama 4 bulan.

Seterusnya berhubung kekurangan stor yang disediakan pula, pihak PJSD bersedia untuk menambah balik dan meminta pihak MTM setiap kolej untuk menyenaraikan jumlah pelajar yang memerlukan bilik stor serta jumlah stor yang diperlukan.

*Sebarang pertanyaan bole terus berhubung dengan ketua Exco Kebajikan, saudara Hor Ming Jai (0168942230) atau saudari Rahmawati Nurdin (0138985725).

Sekian, terima kasih.

Salam 1 Perjuangan, 1 Harapan.