MAKLUMAM : PERKHIDMATAN BUS KE LCCT & KLIA (JUN 2012)

Perkhidmatan bas percuma dari UPM ke LCCT dan KLIA akan disediakan mengikut butiran berikut :

1. 24 Jun 2012 (Ahad) – 8.00 pagi & 2.00 petang
2. 25 Jun 2012 (Isnin) – 8.00 pagi & 2.00 petang

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pelajar UPM sahaja.
Sila berkumpul di Gazebo 15 minit lebih awal daripada masa yang tertera di atas.

Pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan ini diminta untuk mengisi borang maklumat diri di mppupm.wordpress.com atau
http://www.facebook.com/mppupm.

BORANG MAKLUMAT DIRI – SILA KLIK DI SINI

Untuk makluman, perkhidmatan bas dalam kampus akan beroperasiseperti biasa.
Sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi :

1. Roslina Japar (017 8461036)
2. Rahmawati Nurdin (013 8985725)

 

 

Advertisements

MAKLUMAN : PEMBUKAAN AKAUN TABUNG HAJI

Kepada rakan-rakan mahasiswa UPM yang masih belum buka akaun Tabung Haji, Tabung Haji sekarang mengadakan promosi untuk mahasiswa mendaftar tanpa memerlukan sebarang bayaran.

Rakan-rakan juga akan menjadi ahli Kelab TaHa secara automatik selepas mendaftar.  Bagi pelajar yang telah membuka akaun Tabung Haji tetapi masih tidak mendaftar sebagai ahli Kelab Taha, boleh mendaftar juga.

Mohon isi maklumat diri di link ini ( MAKLUMAT DIRI )

Antara keistimewaan Kelab TaHa@U ialah rakan-rakan berpeluang untuk berkhidmat dan mendapat keutamaan :
– Program Skim Latihan Graduan
– Latihan Amali/praktikal
– Program Sukarelawan
– Menyertai aktiviti kelab
– Diskaun harga di lebih 200 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia

MAKLUMAN : PERLANTIKAN SEBAGAI PELAJAR PERANTARA UPM 2012

poster-mpp

MAKLUMAM : PERKHIDMATAN BUS KE LCCT & KLIA

Perkhidmatan bas percuma dari UPM ke LCCT dan KLIA akan disediakan mengikut butiran berikut :

1. 14 Januari 2011 (Sabtu) – 8.00 pagi & 2.00 petang
2. 15 Januari 2011 (Ahad) – 8.00 pagi
3. 16 Januari 2011 (Isnin) – 8.00 pagi & 2.00 petang

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pelajar UPM sahaja.

Sila berkumpul di Gazebo 10 minit lebih awal daripada masa yang tertera di atas.

Pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan ini diminta untuk mengisi borang maklumat diri di mppupm.wordpress.com atau
http://www.facebook.com/mppupm.

BORANG MAKLUMAT DIRI (SILA KLIK DI SINI)

Untuk makluman, perkhidmatan bas dalam kampus akan beroperasiseperti biasa.
Sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi :
1. Chong Jing Han ( 016 6077224)
2. Roslina Japar (017 8461036)
3. E-mail ke mppupm2011@yahoo.com
MPP UPM 2011

MAKLUMAN : ISU KETIADAAN LAMPU DI PARKIR PELAJAR KTP

MPP UPM telah membuat aduan mengenai masalah ketiadaan lampu di parkir pelajar KTP pada minggu lepas.Pada hari ini, MPP UPM telah membuat susulan di PPPA pada pukul 3 petang (21 Nov 2011) dan telah mendapati aduan tersebut telah difail dalam sistem dan diberitahu tindakan seterusnya akan diambil.
Harap maklum.

“SATU PERJUANGAN, SATU HARAPAN”
MPP UPM 2011

Makluman : Pelekat Kenderaan Pelajar Sesi 2011/12

Tarikh Kuatkuasa Pelaksanaan Pelekat Kenderaan Pelajar Sesi 2011/12 ialah 19 Oktober 2011.Oleh itu Permohonan dan Pengedaran Pelekat Kenderaan bagi sesi 2011/12 akan bermula pada:

Tarikh: 19 September 2011 (Isnin)
Tempat: Kaunter Keselamatan,Bahagian Keselamatan.

Harap Maklum.

“Satu Perjuangan, Satu Harapan”
MPP UPM

Jadual Perkhidmatan Bas di UPM Sem1/2011

1.    K2/Kosass ke Kawasan Akademik

  • Beroperasi dari 7am hingga 11pm
  • Tempat menunggu : Perhentian bus Kosass
  • 15 minit 1 bus kecuali hari Sabtu,Ahad dan cuti umum setengah jam satu bus

2.   KC/KTDI/K6 Ke kawasan akademik

  • Beroperasi dari 7am hingga 11pm
  • Tempat menunggu : KC
  • 15 minit 1 bas kecuali hari Sabtu,Ahad dan cuti umum setengah jam satu bus

3.    KC/K6/KTDI/K2/KOSASS ke FBMK

  • Beroperasi dari 7.10am hingga 11pm
  • Tempat menunggu : KC
  • Setengah jam 1 coaster

4.       Kolej Serumpun ke Fakulti Kejuruteraan/Rekabentuk

  • Beroperasi  dari 7am hingga 11pm
  • Tempat menunggu : Perhentian bus lebuh Silikon
  • Masa dari kolej : 7.15am, 7.40am, 8.15am, 8.40am, 9.30am-10.30pm (setengah jam satu bas
  • Masa dari fakulti : 9.am -11pm (sejam satu bas)

5.    Kolej Serumpun ke kawasan akademik

  • Beroperasi dari 7am hingga 11pm
  • Tempat Menunggu : Perhentian bus kolej serumpun
  • 10 minit 1 bas kecuali Sabtu ,Ahad, cuti umum setengah jam 1 bas

6.    K10/K11 ke kawasan akademik

  • Beroperasi dari 7.15am hingga 11pm
  • Tempat menunggu : Perhentian bus k10/k11
  • Masa : 7.15am,7.40am,8.00am,8.15am,8.40am, 9.15am, 9.40am, 10am -11pm (setengah jam 1 bas)

7.    K5/KTP/KPZ/K13 ke kawasan akademik

  • Beroperasi dari 7am hingga 11pm
  • Tempat menunggu : Perhentian Bas KTP
  • 15 minit satu bas kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum setengah jam 1 bas

8.    South City Plaza/Stesen Komuter Serdang ke kawasan akademik

  • Beroperasi dari 7.30am-10.30pm
  • Tempat menunggu : Depan South City Plaza
  • Sejam satu bas.

9.    Jutamines, Stesen Komuter Serdang ke kawasan akademik

  • Beroperasi dari 7.15am-10.15pm
  • Tempat menunggu : Perhentian bas Jutamines
  • Sejam satu bas

10.   K17 ke kawasan akademik

  • Beroperasi dari 7.10am-11pm
  • Tempat menunggu : depan kafe k17
  • Setengah jam satu bas

11.   Kolej serumpun ke Kompleks Agriobio , Fakulti Pertanian

  • Beroperasi dari  7am-8pm
  • Tempat menunggu : Perhentian bas K12/K15 (depan kafe)
  • Setengah jam satu bas dan pada 7am-10am serta 12.30pm-2.30pm, bas akan sentiasa bergerak
  • Pada Sabtu,Ahad dan cuti umum, sejam 1 bas

Sukacita dimaklumkan bahawa kebanyakan bas yang beroperasi di UPM telah memasang Global Positioning System (GPS) untuk memastikan perkhidmatan yang diberi adalah efektif dan efisien. Harap maklum

Sekian, Terima Kasih.

“SATU PERJUANGAN, SATU HARAPAN”

Jing Han,
Exco Kebajikan Pelajar,
MPP UPM 2011