BERITA: PANDANGAN UPM DIDENGAR OLEH TPM

KUALA LUMPUR, 3 JUN : Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM), saudara Iqbal Ismat bin Nordin telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Kecukupan Bekalan Makanan di Malaysia Dan Bagaimana Malaysia Tidak Lagi Bergantung Kepada Negara Luar Bagi Makanan Rakyat” pada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur semalam.

Beliau berpendapat sememangnya isu ini merupakan isu yang perlu diambil berat memandangkan ia berkaitan dengan bekalan makanan harian rakyat seperti beras yang sememangnya menjadi 100 peratus keperluan dan kepentingan rakyat.

Tambah beliau lagi “Beras yang merupakan makanan ruji rakyat Malaysia perlu ditingkatkan lagi produktivitinya dalam negara agar tidak terlalu bergantung kepada negara luar”.

Beliau berharap “krisis makanan yang pernah melanda negara pada tahun 2008 tidak akan berulang semula kerana  sekiranya perkara itu berlaku, maka akan menimbulkan impak yang negatif bukan sahaja kepada negara tetapi kepada rakyat sendiri”.

Sebanyak lima (5) buah kertas kerja dibentangkan pada mesyuarat MPPK kali ini, yang dihadiri oleh lebih 100 orang pemimpin mahasiswa di seluruh IPTA dan 10 buah IPTS.

Timbalan Perdana Menteri, YAB. Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin memberi jaminan bahawa segala pandangan yang dikemukakan oleh pemimpin mahasiswa akan diberikan perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan.

     

Dilaporkan oleh:
Rahmawati Nurdin (MPPUPM)

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: