BERITA : MOTIVASI PEMBINA KECEMERLANGAN

ALOR SETAR, 27 JULAI : Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung, Alor Setar Kedah telah menerima kunjungan daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPP UPM) yang bertujuan untuk  memberi motivasi  dan perkongsian pengalaman bersama pelajar.

Seramai 160 pelajar terlibat dalam program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan penting tidak lama lagi.

Menurut Pn. Amalin, guru bimbingan dan kaungseling SMK Hutan Kampung, “ program seperti ini perlu giat dianjurkan kerana ianya memberi peluang kepada pelajar untuk lebih bermotivasi”

“ Isi kandungan program ini juga padat dan bermakna, dimana ada perkongsian bersama pelajar  yang membolehkan pelajar bertanya secara langsung kepada MPP tersebut”.

Saudari Nor Atiqah, pelajar tingkatan 3 berpendapat, “ ceramah dan perkongsian yang diberikan oleh MPP UPM ini lebih memotivasikan saya untuk belajar dan membuat yang terbaik dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada bulan oktober ini”.

Program yang berlangsung selama hampir tiga jam ini,sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar sekolah tersebut.

Dilaporkan oleh:
RAHMAWATI NURDIN (MPP UPM)

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: