BERITA: CETUSAN PENUBUHAN PARLIMEN MAHASISWA UPM

PULAU PINANG : Seramai empat (4) orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) 2011 telah menghadiri Konvensyen Pembentukan Parlimen Mahasiswa Peringkat IPTA dan Nasional pada 19 – 22 Mei  lalu.

Konvensyen ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar USM dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Seramai lebih seratus orang pemimpin-pemimpin mahasiswa daripada 18 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia telah menghadiri konvensyen tersebut.

Menurut  Yang Dipertua MPP USM, saudara Muhammad Idzuan bin Jamalluddin berkata,” penganjuran konvensyen tersebut bertujuan untuk menyahut seruan Dato Sri Khaleed Nordin untuk menubuhkan parlimen mahasiswa nasional yang memerlukan sekurang-kurangnya 80 peratus  IPTA menubuhkan parlimen di universiti seluruh Malaysia.

Menurut beliau lagi, “konvensyen ini juga menjadi wadah untuk mahasiswa melontarkan pandangan dan pendapat dengan cara yang sihat disamping mewujudkan identiti  mahasiswa sendiri”.

Beliau turut berharap agar semua IPTA menggerakkan penubuhan parlimen mahasiswa di Universiti masing-masing sekali gus bersama-sama dalam membentuk Parlimen Mahasiswa Nasional.

Yang Di Pertua MPP UPM, saudara Iqbal Ismat bin Nordin turut menyokong pembentukan parlimen mahasiswa di UPM dan menjadi penggerak utama dalam merealisasikan hasrat tersebut.

Menurut beliau, “parlimen mahasiswa ini merupakan satu mekanisma yang menjadi wadah dalam menyuarakan pendapat dan pandangan mahasiswa terhadap pelbagai aspek yang bukan sahaja berfokus semata-mata mengenai isu dalam kampus, bahkan membuka mata dan minda mahasiswa untuk berfikir dan memberi pandangan tentang isu-isu yang berlaku  dalam negara serta global”.

   

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: