MAKLUMAN : Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Bil 1/2011

Assalamualaikum / Hi,

Pada 3 Jun yang lalu, MPP UPM telah menghadiri Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Bil 1/2011 telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). MPPK ini telah dihadiri oleh 20 IPTA dan 10 IPTS dari seluruh Malaysia. MPPK ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin. 5 kertas kerja telah dibentangkan, iaitu :

1. Daya Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi Mahasiswa Dalam Memenuhi Keperluan Abad 21 (UTM)
Cadangan Penyelesaian:
– Pengenalan Model Global Outreach sebagai mekanisme jalinan kerjasama akademik
– Keusahawanan sebagai platform bagi menyuburkan daya inovasi
– Penubuhan Pusat Inovasi Mahasiswa di setiap IPT dan latihan serta bengkel berterusan sebagai pendedahan kepada mahasiswa.

2. Mengantarabangsakan Minda Mahasiswa Melalui Projek Kemanusiaan (UIAM)
– 
Membudayakan aktiviti kesukarelawanan di kalangan mahasiswa
– Mewujudkan platform kumpulan kesukarelawanan dan penubuhan jawatankuasa khas yang dianggotai oleh universiti-universiti seluruh dunia.
– Menyokong inisiatif kerajaan atau mana-mana pihak untuk menubuhkan satu badan khusus sebagai platform aktiviti kesukarelawanan mahasiswa.
– Mewujudkan kolaborasi berterusan antara pelajar dengan NGO bagi mengorientasikan projek kemanusiaan (smart partnership)

3. Masa Depan Negara dan Peranan Mahasiswa Dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) (UMK)
– Mewajibkan subjek keusahawanan
– Tubuhkan pusat keusahawan di peringkat nasional

4. Kecukupan Makanan di Malaysia dan Bagaimana Malaysia Tidak lagi Bergantung Pada Negara Luar Bagi Makanan Rakyat (UPM)
– Merizabkan atau memperuntukkan tanah untuk kawasan penanaman padi bagi setiap negeri
– Kumpulan penyelidik khas yang terdiri daripada dua golongan:pelajar ipta dan golongan pensyarah atau bukan pelajar untuk menjalankan penyelidikan atas peningkatan bekalan beras
– Program transformasi belia atau program kampung beras

5. 1 Malaysia Dan Cabaran Perpaduan Antara Kaum Di Malaysia (USM)
– Penggunaan bahasa malaysia yang lebih efisien(digunakan secara meluas dalam segala urusan)
– Memperkasakan kembali kontrak sosial
– Utamakan isu negara daripada isu perkauman

Isu-isu lain
– Penubuhan universiti sukan pertama di Malaysia untuk meningkatkan prestasi atlet malaysia (Universiti Malaya)
– Meningkatkan gaji askar (Universiti Pertahanan Nasional Malasia)
– Penubuhan Parlimen Mahasiswa (diluluskan)

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: