EVENT: Sambutan Earth Hour Cetus Kesedaran Pelajar Menghargai Alam Sekitar

SERDANG,26 MAC : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama International Students Associations (ISA UPM) telah menganjurkan sambutan Earth Hour buat pertama kalinya di UPM.

Sambutan Earth Hour ini dihadiri hampir seratus orang pelajar UPM yang terdiri daripada latar belakang akademik, sosial, agama dan negara yang berbeza.

Program ini bertujuan untuk menyokong sambutan Earth Hour  di seluruh dunia, disamping menjadi platform bagi memupuk kesedaran dalam diri pelajar terhadap kepentingan memelihara alam sekitar.

Pelajar Falsafah Kedoktoran dalam bidang Agriculture, Myint Thu Zar yang berasal dari Myanmar berkata, sambutan Earth Hour pada malam ini merupakan satu sambutan yang hebat, menarik serta tersusun dengan baik dan MPP UPM perlu menjadikannya salah satu program tahunan bagi memupuk kesedaran dalam diri pelajar.

Pelajar Bacelor Sains Pengajian  Makanan, tahun kedua saudari Nur Intan Syafinah berkata, “ Program ini menarik, dapat memberi kesedaran kepada semua pelajar yang hadir pada malam ini yang kita perlu menghargai dan menyayangi bumi kita yang semakin  binasa agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang”.

Majoriti peserta yang menghadiri program ini berpuas hati dan memberi komen yang positif terhadap program tersebut.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: