Karnival Kesenian dan Keusahawanan Islam 2010

27 Oktober : MPP UPM akan menganjurkan program berbentuk Islamik iaitu Karnival Kesenian dan Keusahawanan Islam 2010 bertempat di Panggung Percubaan UPM bermula 28 hingga 31 Oktober 2010.

Pengarah programnya, Mohd Fazil Al Yahya berkata, program berkenaan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar UPM berhibur mengikut lunas Islam disamping dapat menghilangkan tekanan belajar sebelum menghadapi peperiksaan akhir yang akan tiba tidak lama lagi.

“Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang 4 hari program ini berlangsung termasuk persembahan daripada Juara Akademi Nasyid musim 1, Azhar Atan, persembahan teater Sirah Junjungan, pertandingan khat, pidato, forum bertajuk agama dan sains, program menderma darah serta urutan refleksologi.

“Justeru, semua pelajar UPM dijemput hadir kerana program ini memang dijalankan khas buat anda semua. Jemputlah rakan-rakan untuk turut sama-sama memeriahkan program ini,” katanya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: