U-Spot

25 Oktober : Satu mesyuarat berkenaan U-Spot telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kolej 14 di mana pada mesyuarat berkenaan, kontraktor U-Spot, En. Zainudin Haq telah tampil untuk menjelaskan beberapa isu mengenai U-Spot.

Katanya, sebanyak 660 Access Point telah dibeli oleh UPM untuk dipasang pada setiap kolej kediaman mengikut keperluan masing-masing.

 KMR- 30 unit (belum dipasng), K2- 20 unit, KTDI -30 unit,  KC -32 unit,  K5 – 16 unit,  K6 – 24 unit,  KOSASS- 20 unit, KTP- 20 unit, KPZ- 20 unit,  K10- 28 unit,    K11- 28 unit, Kolej serumpun – 224 unit, K13 – 40 unit dan K17- 40 unit.

Terdapat baki 84 AP yang masih belum dipasang di mana En Zainudin meminta setiap wakil kolej kediaman yang hadir pada mesyuarat berkenaan menulis pada borang aduan mengenai tempat-tempat yang perlu untuk dipasang baki AP berkenaan.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa sistem U-Spot sedang dinaiktaraf, justeru akan berlaku gangguan termasuk kesukaran untuk log in masuk U-Spot dan tiada hubungan U-Spot.

En. Zainudin Haq (tengah) sewaktu memberi penjelasan berhubung isu U-Sot di Kolej 14, kelmarin.

Beliau juga berkata, kelajuanU-Spot juga telah ditambah daripada 45Mbps kepada 100Mbps, namun kepantasan untuk melayari internet masih sama kerana pertambahan bilangan pengguna iaitu dari 1500 kepada 3000 pengguna pada satu masa.

Hal ini menyebabkan kelajuan internet tidak bertambah kerana bilangan pengguna yang turut bertambah.

U-Spot juga adalah perkhidmatan percuma yang dibekalkan UPM kepada pelajar, justeru adalah tidak benar jika ada mana-mana pihak beranggapan U-Spot mengenakan bayaran seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini.

Peringatan tambahan untuk pengguna U-Spot, anda dinasihatkan untuk tidak mengkonfigurasikan IP pada laptop atau komputer anda secara manual, sebaliknya mentepkannya pada keadaan automatik.

Ia berikutan untuk mengelakkan berlakunya percanggahan IP dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya kegagalan untuk memasuki talian U-Spot untuk melayari internet.

4 Responses to U-Spot

  1. amir says:

    perlkah ade id tuk masuk uspot kate kemudahan so mudahkan la akses ke uspot.yg guna pun bdk2 upm gak.

  2. budak UPm says:

    stahu aku la..
    benda ne masih bru .
    n masih dlm proses upgrade..
    ala..
    lagipn org dh bg free kan.
    xkan la nk usaha lebih skit pn xleh.
    mcm mna nk dptkan sagu kalo x pecahkan ruyung…
    ala.
    nk masuk id 2 bukan ape.
    bleh check smua data student yg masuk internet..
    smua data ada jiga msuk site2 yg x okey..

    slalu mmg mcm ne.
    kalo diberikan betis mmg x pnah cukup.
    mesti nk paha kan..

    dr dulu masa aku mula masuk..
    nk dpt coverage pnya ssah.
    skrg ne rsa lagi bgus..
    bersyukur la..

    manusia zaman skrg x pandai bersyukur..
    keje nk complain jer..

  3. Mamat says:

    Kalau tak konfigurasikan wireless setting, nak tengok login page pun mustahil. Macam mana ? boleh tunjukkan ?

  4. noname says:

    syabas! apa yang di canangkan selama ini telah pun dibuktikan. teruskan usaha dan jangan raih sokongan dengan kata – kata sahaja. syabas sekali lagi.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: