MPP UPM mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Hindu UPM

25 Oktober : MPPUPM telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Hindu UPM berhubung isu perubahan tarikh ini di Gazebo pada pukul 8.30 malam tadi.
Dalam pertemuan hampir 40 minit itu, MPP diketuai YDPnya, Syed Mohd Adam mengadakan perbincangan dengan Presiden Hindu UPM, Selvakkumar Vaiappuri untuk memberi penjelasan mengenai isu berkenaan agar tidak ada salah faham antara mana-mana pihak.
Turut hadir Naib YDP MPP UPM, Zulkhairi Dzulkifli, Timbalan Presiden Persatuan Hindu UPM, Janani Valakrishnan dan 4 wakil MPP yang lain.
Pihak MPP dan Persatuan Hindu UPM sedang berbincang di Gazebo UPM.
Pihak MPP ingin menegaskan bahawa kami bukanlah badan yang rasis atau tidak peka dengan sensitiviti mana-mana kaum. Justeru, kepada semua pelajar India, pihak MPP ingin memohon maaf di atas kesulitan yang mereka hadapi kerana berdasarkan statistik yang kami buat, majoriti pelajar Sabah, Sarawak dan yang menghadapi masalah serupa terpaksa menukar tiket mereka. Perkara ini telah dijelaskan sebelum ini bahawa ia menelan kos yang tinggi untuk pelajar berkenaan menukar atau membeli tiket baru. Kebanyakan daripada mereka menyatakan yang mereka tidak mampu untuk berbuat demikian.
Sehubungan itu, bagi pelajar berbangsa India, pihak MPP UPM ingin menegaskan kami tidak berpihak kepada sesebelah pihak saja. Kami mencuba yang terbaik untuk membela kebajikan pelajar, tetapi adalah sukar untuk memuaskan hati kedua-dua pihak dalam satu masa, justeru apa yang telah kami perjuangkan dianggap penyelesaian terbaik.
Namun, ia tidak bermakna kami menutup sebelah mata terhadap kebajikan pelajar India. Kami sedia maklum, perayaan Deepavali adalah perayaan utama kaum India dan ia sangat penting terhadap mereka untuk meraikannya bersama keluarga.
Justeru, apa yang telah pihak kami lakukan adalah dengan memperjuangkan supaya pada tahun depan dan akan datang, waktu peperiksaan tidak akan dibuat pada hari Deepavali. Wakil MPP, saudara Lim Seng Leong dan Kavi Nanthan bersama Presiden Persatuan Hindu UPM, akan berjumpa dengan wakil Bahagian Akademik, Puan Che Zan untuk berbincang mengenai perkara ini dan mungkin memohon supaya pada akan datang cuti pertengahan semester dibuat sewaktu hari Deepavali agar pelajar India berpeluang merayakan hari berkenaan dengan lebih selesa.
Pihak MPP berharap agar isu ini tidak akan merenggangkan hubungan baik yang telah lama terjalin antara pihak MPP serta Persatuan Hindu UPM.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: