Tarikh peperiksaan akhir UPM kekal kepada 8 dan 9 November

25 Oktober : Hasil pertemuan wakil MPP UPM dengan pihak KPT pada pukul 10 pagi tadi yang diketuai saudara Syed Muhammad Adam bersama saudara Zulkhairi Dzulkifli, Lim Seng Leong serta saudari Koh Joo Fong membuahkan hasil apabila KPT bersetuju untuk mengekalkan tarikh peperiksaan akhir UPM pada 8 dan 9 November 2010.

Sebelum ini, pihak KPT telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan sebarang aktiviti peperiksaan dijalankan pada 8 dan 9 November kepada semua IPTA. Ini membuatkan UPM terpaksa menunda tarikh peperiksaan berkenaan kepada 22 dan 23 November.

Ia telah menyebabkan ramai pelajar UPM terutama Sabah dan Sarawak mengalami masalah kerana ramai antara mereka telah membeli tiket penerbangan lebih awal daripada tarikh berkenaan (22 dan 23 November).

Justeru, diharapkan dengan pengumuman daripada KPT ini dapat melegakan pelajar UPM dan menumpukan kepada peperiksaan akhir.

Notis mengenai pengumuman pengekalan tarikh peperiksaan akhir akan dikeluarkan oleh Bahagian Akademik secepat mungkin.

Adam(kiri), Joo Fong (tengah) sedang mengadakan perbincangan dengan pihk KPT mengenai isu peperiksaan akhir UPM di bangunan KPT pada pagi tadi.

6 Responses to Tarikh peperiksaan akhir UPM kekal kepada 8 dan 9 November

  1. abyan aisyah says:

    awwww thanks mpp! Y’ll the best!😀

  2. Pritpal says:

    Saya berasa sangat dan teramat sedih keatas segala penat lelah Sato Seri Najib Tun Razak yang bermati-matian memperjuangkan konsep 1 Malaysia namun dalam situasi ini saya amat berdukacita kerana konsep Dato Seri langsung tidak dihiraukan kerana tindakan dan keputusan MPP UPM yang diambil “hanya berpihak kepada golongan tertentu sahaja”. Anda fahamilah sendiri apa yang cuba disampaikan. Sekian.

  3. MPP says:

    pelajar india yang mahu cuti deepavali, mungkin cuma ‘rugi cuti’..
    tapi pelajar2 yang dah beli tiket sabah sarawak, yang dah confirm tempat untuk buat program akan rugi lebih dari itu..
    kita sama2 kena tolerant..
    ini tak ada kena mengena langsung dengan perayaan deepavali itu, kalau penundaan disebabkan raya haji sekalipun, kami akan tentang, sebab penundaan yang berlaku telah menyusahkan ramai pihak..
    kami telah usulkan supaya cuti deepavali tahun hadapan dipanjangkan kerana berlaku pada minggu ke tujuh..
    tidak ada isu golongan tertentu..
    kami membantu pelajar sabah sarawak yang rata2 nya berbangsa kadazan dan lain2..
    bukan melayu, bukan cina..
    tidak ada langsung isu perkauman disini..
    harap semua boleh berfikiran terbuka..
    isu ini timbul kerana notis penundaan keluar lambat..
    bukan sebab benda lain..
    maaf untuk semua, kita xmampu nak puaskan hati semua org..

  4. abyan aisyah says:

    Yeah Pritpal🙂 Tolerate saja🙂 Ini bukan sebab kepentingan mana mana pihak🙂 Chill oke? See you in class tomorrow!

  5. Pritpal says:

    No worries. I am fine. Thanks alot MPP for the clarification.

  6. WAN says:

    saya cukup kecewa dengan apa yang berlaku dengan tarikh peperiksaan ini..ianya terlalu rapat dengan hari raya haji..soalnya bukan pulang beraya atau tidak..tapi kami mengalami kesusahan untuk mendapatkan makanan pada hari raya pertama..lebih menyedihkan bagi golongan yang tidak berkenderaan..saya kecewa dengan mpp yang berjanji macam-macam sebelum pilihan raya kampus..tapi apa yang mpp lakukan untuk pelajar yang kelaparan di hari raya pertama?..fikirkanlah kami di kampus ini..itu KEWAJIPAN anda apabila sudah bergelar PEMIMPIN

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: