Penambahbaikan jalan raya di UPM

Jalanraya di UPM bakal ditambahbaik selepas kontraktor yang bertanggungjawab untuk menurapnya dilantik pada pertengahan Oktober lepas. Kita akui, ada beberapa jalan di UPM semakin teruk keadaannya seperti jalan di depan Fakulti Ekologi Manusia yang menjadi laluan utama kenderaan untuk masuk ke dalam UPM.

Justeru, diharap dengan pelantikan kontraktor ini akan mampu menyediakan jalanraya yang baik untuk semua warga UPM. Kita berhak mendapatkan sebuah jalanraya yang baik keadaannya kerana kini hamper semua pelajar sudah mampu untuk memiliki kenderaan sendiri sama ada kereta atau motor.

Sudah pasti ramai yang bimbang akan kesihatan kenderaan mereka jika terpaksa melalui jalan yang tidak rata dan berlubang kerana kos untuk melakukan penyelenggaraan bukanlah sedikit.

Sehubungan itu, bermula bulan November ini proses membaik pulih jalan akan dijalankan secara berperingkat bermula dengan kawasan :

Pertama – Central parking

Kedua – Laluan dihadapan Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Fakulti

Veterinar, Jabatan sains Haiwan, Fakulti Pertanian dan Fakulti

Ekologi.

Ketiga – Laluan di hadapan Panggung Percubaan, Fakulti Ekonomi dan

Pengurusan dan Perpustakaan. ( Laluan ini terpaksa dilewatkan

kerana untuk membenarkan kerja – kerja penarikan dan

pemasangan kabel elektrik dijalankan terlebih dahulu)

Projek ini dijalankan secara berperingkat dan dimulakan dengan kawasan Central Parking kerna untuk mengelakkan kesesakan serta memudahkan aliran trafik di dalam Kawasan Akademik.

Kami berharap agar pelajar dapat memberi kerjasama sebaik mungkin sepanjang proses membaik pulih jalan itu dilaksanakan. Kesulitan yang dihadapi adalah demi kesenangan kita pada masa depan.

Pihak MPP akan sentiasa memantau perkembangan yang berlaku mengenai jalan raya ini seperti mana yang telah kami lakukan sebelum ini dengan sentiasa membuat aduan kepada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset UPM serta melakukan tindakan susulan sehingga ia berjaya dilaksanakan.

-Jentolak untuk kerja penambahbaikan jalan raya yang sudah berada di UPM, terletak bersebelahan dengan FRSB-

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: