Petisyen Tidak Setuju Perubahan Tarikh Peperiksaan Akhir

Satu petisyen akan dibuat oleh pihak kami bagi menyatakan rasa tidak setuju berhubung isu perubahan tarikh peperiksaan akhir pada 8 dan 9 November ke 22 dan 23 November.

Untuk pengetahuan, KPT telah mengeluarkan arahan supaya semua IPTA menundakan tarikh peperiksaan akhir masing-masing kerana ingin memberi peluang kepada pelajar beragama Hindu menyambut hari Deepavali. Niat baik KPT adalah baik namun dukacitanya ia mengundang masalah kepada pelajar.

Antaranya ialah isu pelajar Sabah dan Sarawak yang telah membeli tiket untuk pulang ke kampung halaman pada tarikh baru ini. Justeru, jika meminta mereka menukar atau membeli tiket lain, ia melibatkan kos yang tinggi dan membebankan pelajar berkenaan.

Selain itu, banyak kolej kediaman akan mengadakan program masing-masing seawal 21 November depan iaitu sejurus tamat peperiksaan akhir. Ia menyulitkan mereka untuk menunda program yang telah direncana berbulan-bulan lamanya dan mungkin turut membabitkan kos untuk berbuat demikian.

Maka, atas sebab yang dinyatakan, pihak kami merasakan adalah tidak wajar tarikh peperiksaan akhir diubah walaupun niat perubahan berkenaan adalah baik.

Sehubungan itu, kami memohon kerjasama pelajar UPM untuk menyokong petisyen yang kami adakan supaya dapat dibawa ke pihak Naib Canselor untuk dibincangkan bagi mencari jalan penyelesaian.

Petisyen berkenaan akan diserahkan kepada MTM kolej masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

Segala kerjasama daripada pihak anda amat kami hargai dan segala perkembangan terkini akan kami maklumkan kepada anda kemudian. Sekian.

5 Responses to Petisyen Tidak Setuju Perubahan Tarikh Peperiksaan Akhir

  1. Kecewa says:

    Betul..perubahan tarikh ini sangat2 membebankan..saya balik kedah pada tarikh 21 hb nov tu..tiket bus bukan senang nak dapat..lebih parah dengan 3 orang klasmet saya..mereka dah beli tiket penerbangan balik sabah atau sarawak.
    katanye masalah wujud ble nk tukar tarikh flight tu..denda rm70 + dgn harga semasa..saya difahamkan dalam 400 mcm tu..mne nk cari wei..tak kesian ker?

  2. wan says:

    rasanya penundaan ituwajar..
    ini kerana kita patut memandang dari sudut perayaan yang bakal diraikan kaum india..
    kaum melayu dan cina bercuti sehingga 1 hingga 2 minggu untuk perayaan kaum masing-masing..
    kaum india?????
    adakah ini dikatakan 1malaysia???
    MPP patut memikirkan dari sudut itu

  3. MPP says:

    wan, kami bukan tidak menyokong cuti deepavali, jangan salah faham..
    malahan kami yang menyokong wakil mpp India untuk fight untuk cuti Deepavali..
    masalahnya sekarang adalah isu2 yang timbul akibat penundaan last minit macamnie..
    kalau notis keluar 2 3 bulan awal ke, nak cuti sebulan pun xada masalah

  4. mppupm0910 says:

    Ya, benar..jika notis pemberitahuan dikeluarkan lebih awal, 2 bulan lebih awal, mungkin masalah ini tidak akan berlaku, pelajar boleh membuat persiapan dengan tenang, tidak kelam kabut untuk menukar tiket mereka..
    Justeru, jangan salah faham, kami tidak menentang cuti untuk pelajar India menyambut Deepavali, kami memperjuangkan masalah pelajar yang menghadapai masalah akibat perubahan tarikh peperiksaan akhir ini..

  5. fadhlan says:

    alhamdulillah…
    poli pon x jadi nak tunda final exam,,
    cuma utem je tunda..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: