Program Berilmu Berbakti himpun 51 pelajar sekolah

26 JUN – Seramai 51 pelajar dari tiga buah sekolah dan 30 fasilitator berkampung di Universiti Putra Malaysia (UPM) selama tiga hari bagi menjayakan program Berilmu Berbakti (BB).

Program BB yang memasuki tahun ketiga itu adalah antara tanggungjawab sosial pelajar UPM kepada masyarakat, pelajar didedahkan dengan modul-modul menarik dan mencabar yang menguji pemikiran mereka selaku pemimpin di sekolah.

Pengarah programnya, Nurul Raihan Abu Samah, berkata BB adalah untuk melatih pelajar sekolah mengenai kepemimpinan kerana mereka adalah bakal pemimpin masa hadapan.

“Saya harap agar para pelajar dapat mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari sepanjang tiga hari di sini ke dalam sekolah mereka.

“Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut membantu menjayakan program ini serta kepada pelajar-pelajar sekolah.

Pelajar, Zuhairi Rashid, berkata dia menyertai program ini secara sukarela kerana mehu mengubah dirinya menjadi seorang yang lebih berdikari.

“Banyak pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang berada di sini, ceramah yang disampaikan juga berkesan dan saya bertekad untuk menimba ilmu dengan lebih bersungguh-sungguh selepas ini,” kata pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal.

Pelajar, Tina Marini Mahadi, berkata dia berasa gembira kerana dapat mengenali kawan baru dan juga pengalaman baru sepanjang berada di sini.

” Latihan dalam kumpulan adalah antara aktiviti yang saya suka, harap saya dapat aplikasikan apa yang dipelajari di sini di sekolah nanti,’ kata pelajar tingkatan empat SMK Taman Melawati.

Program berkenaan adalah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UPM, Bahagaian Hal Ehwal Pelajar UPM dan Sekretariat Mahasiswa Satu Malaysia.

Sekolah terlibat adalah SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur, SMK Durian Tunggal, Melaka dan SMK Putrajaya Presint 9 (1), Putrajaya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: