LAPORAN MESYUARAT PIHAK PENGURUSAN FAKULTI KEJURUTERAAN BERSAMA WAKIL PELAJAR DAN PRESIDEN KELAB SEMESTER II SESI 2009/2010

Tarikh : 09/03/2010(SELASA)
Tempat : Dewan Seminar, Aras 2, Fakulti Kejuruteraan UPM
Masa : 1430-1510

1) Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas
a) Sistem aduan
• Borang aduan tidak dikutip
• Pelajar kurang inisiatif membuat aduan
• Menyediakan aduan secara ‘on-line’.
• Membuat publisiti tentang cara membuat aduan
• Aduan yang telah diterima akan ditampalkan di papan notis Aras 1

b) Tiada komputer dan printer dalam bilik Pemaju.
• Menyediakan komputer dan printer secepat yang mungkin.
2) Akademik
a) Markah penilaian pensyarah
• Keberahsiahan identiti pelajar dijaminkan. Markah penilaian akan diumumkan kepada pensyarah setelah markah ujian pelajar diberi.
• Oleh itu, keputusan pelajar tidak dipengaruhi. Pihak fakulti harap semua pelajar memberi kerjasama demi peningkatan kualiti pengajaran.

b) Kemudahan dan peralatan makmal
• Setelah menerima aduan daripada pihak pelajar, wakil pihak pelajar, Lim Seng Leong akan memdapatkan senarai peralatan makmal tang telah rosak dan menyerahkan kepada pihak TDP.

d) Kertas ujian
• Pihak fakulti memaklumkan kepada pihak pelajar bahawa pelajar haruslah berinisiatif untuk meyemak kertas ujian balik daripada pensyarah termasuk kertas peperiksaan akhir.
• Pelajar boleh melihat terlebih dahulu kertas ujian sebelum untuk membuat semakan ke atas keputusan peperiksaan.

e) Aktiviti kelab
• Pihak Fakulti memaklumkan kepada semua ketua jabatan untuk mengenal pastikan aktiviti kelab yang berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan untuk diberi markah serta digredkan seperti aktiviti “Aotodesk competition(KPM).

f) Pepustakaan
• Pihak Fakulti bersetuju cadangan daripada pihak pelajar terhadap penggunaan perpustakaan pada masa rehat iaitu 12.30pm hingga 2.30pm dan pemindahan buku-buku rujukan baru daripada perpustakaan utama ke perpustakaan fakulti kejuruteraan.

g) Student Mobiliti Program
• Pihak Fakulti memaklumkan bahawa program ini akan mula dijalankan secara giat oleh jabatan-jabatan di dalam fakulti kejuruteraan.
• Pelajar dengan kriteria-kriteria tertentu akan dipilih untuk menyertai program ini.
• akan diberi subsidi dari segi ticket kapal terbang dan sedikit ‘pocket money’.

3) Infrastruktur
a) Makmal komputer
• Pihak fakulti menerima cadangan daripada pelajar untuk membeli “extension USB port” untuk menyelesaikan masalah keciciran “pendrive”.
• Pihak fakulti akan mempertimbangkan cadangan adalah menyediakan loker berkunci untuk menggurangkan kes kecurian.

b) Bilik Ruang Diklusi
• Pihak Fakulti memaklumkan pelajar bahawa boleh menggunakan bilik tutorial dan bilik kuliah yang terbuka sekiranya kerusi dan soket tidak mencukupi.

c) Bas Shuttle
• Pihak Fakulti memaklumkan bahawa perhentian bas baru akan dibina di bangunan baru dan diminta TDP untuk mendahulukan pembinaan perhenian bas.

d) Liputan Internet Tanpa Wayar
• Pihak Fakulti akan mengambil tindakan menambah lingkungan liputan internet tanpa wayar di dalam kawasan fakulti dan memberi maklum balas secara bertulis dalam masa yang singkat.

e) Kafeteria
• Pihak Fakulti berjanji akan menambahbaikan keselesaan di kawasan kafeteria.
• Pihak Fakulti mencadangkan pihak pelajar untuk membuat peptisyen dan berbincangkan dengan pemilik kafeteria mengenai harga makanan yang mahal kerana bidang ini bukan di bawah bidang kuasa fakulti.

f) Laluan Berbumbung Antara Jejantas
• TDP diminta untuk mengkaji semula terhadap laluan berbumbung antara jejantas dan blok b yang telah dirancang tetapi tidak dapat dibina disebabkan masalah rekabentuk dan mendapatkan penyelesaian.

g) Mesin ATM
• Pihak Fakulti menjelaskan bahawa fakulti boleh menyediakan tempat untuk mesin ATM di dalam kawasan fakulti sekiranya pihak bank setuju untuk menyediakan perkhidmatan ATM.

I) Tempat Parking Motosikal
• Pihak Fakulti mendengar cadangan saudara, Ahmad Bazli bahawa memperbanyakan tempat parking untuk motosikal di dalam fakulti serta dengan kereta kerja.

j) Kawasan Tetangga
• Pihak fakulti akan mengambil tindakan menyelesaikan masalah kawasan tetangga yang gelap dan tidak dapat cari suiz lampunya.

k) Kawasan Pengajaran
• Pihak Fakulti mendengar makluman daripada saudara ahmad bazli tentang kerosakan kerusi di Dewan Kuliah dan akan mengambil tindakan untuk memeriksa kerusi dan semua projektor di fakulti.

4) Aktiviti Pelajar
a) Kekurangan Budget
• Dekan berharap pelajar dapat lebih kreatif dalam mendapatkan bantuan kewangan melalui tajaan luar.
• Pihak Fakulti boleh menanggungkan bayaran untuk penceramah dan jamuan makanan aktiviti tersebut.
b) Khidmat Masyarakat
• Dekan memaklumkan kepada semua wakil pelajar supaya kelab-kelab terlibat dapat menganjurkan aktiviti seperti khidmat masyarakat atau aktiviti yang boleh menyumbang kepada masyarakat.

c) Aktiviti Air
• Dekan bersetuju dan pihak fakulti akan membeli peralatan kayak yang dicadangkan oleh pelajar sekiranya dapat digunakan untuk berulang kali.

5)Disiplin Dan Etika Pelajar
a) Ketrampilan
• Pihak Fakulti memaklumkan kepada semua wakil pelajar agar mengambil tahu supaya semua pelajar dapat berpakaian dan berketrampilan kemas serta matrik juga senantiasa dipakai untuk menampakkan disiplin pelajar.

• Selipar adalah dilarang untuk dipakai semasa waktu pengajaran dan pemakaian subang bagi pelajar lelaki adalah dilarang sesama sekali.
• Pelajar yang tidak mematuhi kod etika pemakaian tidak akan dilayan semasa bertanya di mana-mana kaunter.

6) Lain-Lain
a) Part time Job
• Pihak Fakulti akan menawarkan beberapa kerja sambilan untuk pelajar yang memerlukan bantuan kewangan.

b) E-Games
• Pihak Fakulti setuju dengan cadangan untuk mengadakan e-games di fakulti untuk merapatkan hubungan pelajar dengan staff.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: