MPP UPM BANTU JAYAKAN PROGRAM SELANGKAH KE UNIVERSITI.

Oleh Anas Hassan

SERDANG – Seramai kira-kira 30 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPPUPM) sesi 09/10 terlibat dalam menjayakan program Selangkah Ke Universiti anjuran Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) yang berlangsung 6 April 2010.

Program yang dianjurkan oleh BAKTI ini ialah sebuah program yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang mengenai kehidupan di universiti.

Program yang dirasmikan oleh YABhg Datin Paduka Sri Rosmah Mansor, Presiden Yang DiPertua melibatkan seramai kira-kira 400 orang pelajar sekolah menengah sekitar Selangor.

Menurut salah seorang peserta program ini, Lee Chi Win dari Chung Hwa Independent School, program seumpama ini banyak memberi maklumat serta pengetahuan asas kepadanya mengenai kehidupan di universiti.

“Saya berasa gembira dan suka seronok menyertai program ini. Melalui program ini, saya dapat bergaul dengan lebih ramai kawan-kawan dari pelbagai latar belakang,” katanya.

Menurut seorang lagi peserta dari SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Muhd Falah Hakim bin Mohd Hisyam, program ini banyak menyedarkan beliau tentang pentingnya peranan untuk mula memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dalam membantu menaikkan semangat seseorang untuk lebih berusaha.

“Program seumpama ini dapat meluaskan pengalaman saya tentang universiti dan hal ini akan menaikkan semangat saya untuk terus berusaha,” katanya yang memasang impian untuk melanjutkan di UITM dalam jurusan kejuruteraan computer.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: