MPP Minta Pelajar Tumpu Peperiksaan, Anggap Isu Kolej Serumpun Selesai

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) meminta agar semua pelajar UPM menumpukan fokus mereka dalam peperiksaan akhir yang sudah bermula di samping menganggap isu kolej serumpun sudah berjaya diselesaikan.

Hasil perbincangan antara MPP dan Jemaah Presiden Kolej bersama pihak pengurusan Kolej Serumpun pada 13 April lepas telah mencapai kata sepakat iaitu :

1)    Penstrukturan semula kolej serumpun telah dibatalkan dan akan dijalankan pada semester hadapan.

2)    Tiada pelajar kolej 12,14,15 dan 16 yang akan dibuang daripada kolej pada semester ini.

3)    Perkhidmatan stor untuk pelajar kolej serumpun akan dijalankan semula dan akan dimaklumkan oleh pihak PJSD dalam masa terdekat

4)    Bayaran penginapan semasa cuti semester dikekalkan pada kadar yang sama iaitu RM 4.50 sehari

5)    Pelajar Sabah dan Sarawak yang telah membeli tiket balik ke UPM pada 4 Julai 2010, pihak kolej kediaman akan menyediakan penginapan secara percuma dan perlu berurusan dengan pihak kolej kediaman

Sementara itu, Timbalan Naib Yang di Pertua 1 Kebajikan dan Keselamatan, Mohd Fazhil Abdul Razak ketika ditemui berkata beliau berharap agar semua pelajar Kolej Serumpun dapat menumpukan kembali kepada peperiksaan akhir dengan tenang.

“Saya menganggap isu ini telah selesai kerana pihak kami telah berjaya mencapai kata sepakat dengan pihak PJSD. Selain itu, saya juga menyeru kepada rakan-rakan agar tidak mudah percaya dengan segala khabar angin yang belum diketahui kebenarannya kerana MPP sentiasa mengambil berat isu kebajikan pelajar.

“Kami akan tetap meneruskan perjuangan membela kebajikan pelajar walaupun ada pihak yang memandang rendah kepada MPP. Saya mengharapkan agar semua pelajar UPM akan terus memberi sokongan kepada kami supaya kebajikan pelajar akan terus terpelihara,” katanya.

5 Responses to MPP Minta Pelajar Tumpu Peperiksaan, Anggap Isu Kolej Serumpun Selesai

  1. nabihah says:

    hoyeah. good job friends!

  2. Yang Aku Menyampah says:

    yuran RM 4.50??? ketara sangat tak tau! hahahahah….

  3. erma says:

    tq very much 4 ur gud job..really appreciate..lege rase..

  4. Yang Kecewa says:

    Salam,

    1) Then, di mana hak pelajar-pelajar yang aktif ?

    2) Adakah anda merasa pernah merasa peritnya duduk empat orang dalam bilik sekecil itu ?

    3) Baik-baik pihak PJS sudah bersetuju untuk melaksanakan penstrukturan bilik, ingat mudahkah perkara itu untuk berlaku ?

    4) Jika penstrukturan ini berlaku lebih awal, tidakkah anda terpikir di mana para pelajar akan bergiat lebih aktif pada masa akan datang. Aktifnya mereka bukan untuk pihak universiti atau kolej, tetapi adalah untuk faedah diri mereka sendiri !

    5) Sebagai kelompok yang bertaraf mahasiswa, jika isu ini atau yang lain-lain timbul, percayalah iaitu mahasiswa akan tetap menumpukan peperiksaan akhir mereka ! Anda juga mahasiswa bukan ?

    Bukan mahu memandang rendah keputusan ini. Tetapi adalah lebih baik jika pihak MPP berfikir dahulu dalam-dalam sebelum membuat keputusan. Sekian.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: