PERBINCANGAN MPP BERSAMA BAHAGIAN AKADEMIK UPM

­­

Pada 17 Mac 2010, Rabu bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Akademik Universiti Putra Malaysia (UPM), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan pertemuan dengan Bahagian Akademik untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan kalendar akademik, perubahan kalendar akademik, esmp, pendaftaran kursus bahasa asing, minggu ulangkaji dan lain-lain.

Kalendar Akademik 2010/2011

a)    Mengambil maklum :-

(i)            Pelajar kurang jelas dan keliru dengan kalendar akademik mengenai perubahan tarikh semester baru bagi sesi 2010/2011.

(ii)           Terdapat pelajar dari Sabah dan Sarawak telah pun menempah tiket untuk pulang ke UPM pada 5 Julai 2010.

(iii)          Kalendar Akademik UPM dimuatkan ke dalam laman web Bahagian Akademik pada awal bulan Mac 2010 iaitu setelah Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan kemasukan tarikh kemasukan sesi 2010/2011.

b)    Bersetuju:-

(i)            Bahagian Akademik akan mengeluarkan notis mengenai tarikh pembukaan semester pertama 2010/2011 pada 12 Julai 2010 akan dihebahkan ke semua fakulti dan kolej kediaman serta akan dipaparkan di laman web Uspot secepat mungkin.

(ii)           Kebajikan pelajar (penginapan dan makanan) bagi pelajar yang telah menempah tiket 1 minggu lebih awal akan dibincangkan dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM.

Perubahan Kalendar Akademik

a)    Mengambil maklum :-

(i)            Pelajar juga tidak pasti dengan tarikh yang diumumkan oleh bahagian akademik di dalam kalender akademik dan tertanya-tanya adakah ia akan berubah-ubah untuk semester yang akan datang.

(ii)           Kalender Akademik tidak pernah membuat perubahan setelah ditentukan oleh Mesyuarat Senat. Kalender Akademik hanya akan ditetapkan selepas Mesyuarat Senat.

(iii)          Kolej masih menggunakan kalender akademik sesi 2010/2011.

b)    Bersetuju:-

(i)            Notis Kalender Akademik setiap sesi pengajian akan disertakan dengan penyataan, iaitu “pembukaan sesi baru akan dimaklumkan kemudian” di hujung pengumuman setiap kalender akademik yang akan datang.

(ii)           Sebarang maklumat terkini Bahagian Akademik  akan dipaparkan di laman web Bahagian Akademik secara menonjol.

ESMP

a)    Mengambil maklum:-

(i)            eSMP mengalami server down sejak awal bulan Mac dan keputusan pelajar semester lepas tidak dipaparkan lagi di dalam sistem esmp.

(ii)           Kenyataan Puan Nor Ruhil Amal binti Hashim iaitu eSMP berjalan dengan lancar sebelum ini dan pelajar mengalami masalah login bermula pada 17hb Mac 2010 disebabkan oleh persediaan untuk pendaftaran kursus pada minggu ke-12 yang akan datang.

b)    Bersetuju:-

(i)            Sebarang masalah atau aduan tentang esmp boleh menghubungi dia melalui email ruhil@putra.upm.edu.my dengan menyertakan print screen sebagai bukti.

Pendaftaran Kursus Bahasa Asing

a)    Mengambil maklum:-

(i)            Masalah dalam pengambilan dua bahasa asing di mana pelajar yang mendaftar dua bahasa asing tidak termasuk Bahasa Inggeris, mengalami pertembungan masa peperiksaan akhir.

b)    Bersetuju:-

(i)            Masalah ini boleh diselesaikan dengan mengubahsuai sistem yang sedia ada kepada sistem baru yang dapat memudahkan pengaturcaraan jadual peperiksaan tetapi ia sedang berada di dalam proses pembinaan. Sistem pendaftaran kursus dalam proses penaiktarafan, maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.

(ii)           Pengaturan slot peperiksaan bagi Bahasa Asing akan diatur semula.

(iii)          Pelajar boleh mengambil lebih daripada satu bahasa asing dalam satu semester kerana tiada peraturan yang menyatakan pelajar untuk membuat demikian.

Minggu Ulangkaji

a)    Mengambil maklum:-

(i)            Pelajar yang tidak jelas tentang pelaksanaan minggu ulangkaji pada semester ini kerana sesetengah pelajar masih dikehendaki untuk menduduki peperiksaan pada 12hb April 2010.

(ii)           Minggu ulangkaji telah bermula dilaksanakan pada semester ini. Terdapat 4 hari bercuti sebelum peperiksaan bermula. Untuk semester yang akan datang, minggu ulangkaji adalah selama satu minggu manakala peperiksaan akan dilaksanakan dalam 2 minggu.

(iii)          Penstrukturan minggu ulangkaji satu minggu peperiksaan selama dua  minggu adalah atas persetujuan persatuan pelajar yang menghendakinya begitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) diminta supaya mengkaji semula isu ini mengenai keberkesanannya. Tindakan susulan akan dijalankan secepat mungkin.

Hal-hal Lain

Mesyuarat mengambil maklum:-

(i)            Buku penjadualan waktu kuliah tidak akan dikeluarkan lagi untuk pelajar.

(ii)           Jadual waktu kuliah untuk pendaftaran kursus hanya boleh didapati di dalam laman web Bahagian Akademik.

(iii)          Langkah ini diambil kerana ia dapat menjimatkan banyak tenaga dan lebih mesra kepada alam sekitar.

(iv)          Pelajar boleh muat turun jadual waktu kuliah dan sekiranya menghadapi apa-apa masalah boleh menghubungi Bahagian Akademik.

One Response to PERBINCANGAN MPP BERSAMA BAHAGIAN AKADEMIK UPM

  1. Ayuh! Jom mendaftar di MindaSiswa.Com(MSC) fan club –>>>http://tinyurl.com/mindasiswa

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: