UPM tempat ke-2 PENITI V 2010

SERDANG, 21 MAC – Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mendapat tempat ke dua dalam pertandingan Pidato Kepemimpinan Harmoni V Intervarsiti (PENITI V) 2010 yang diadakan di Dewan Sri Harmoni, Kolej Kelima, UPM.

Finalis PENITI V 2010 bergambar bersama tetamu kehormat Datuk Poziah (duduk tiga dari kanan)

UPM diwakili oleh Nur Fara Syazwani Jufrin,22, pelajar tahun dua Bacelor Sains dan Teknologi Makanan membawa pulang wang tunai RM 1,500, trofi beserta sijil yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Poziah Abdul Rahman.

Nur Fara Syazwani

Syazwani ketika ditemui berkata beliau berasa berdebar menyertai pertandingan itu kerana saingan yang diberikan oleh peserta lain sangat hebat yang menyaksikan ada antara mereka pernah menjadi finalis pada PENITI lepas.

“Pidato mengajar kita untuk menjadi berani berucap di depan khalayak ramai selain dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang sesuatu isu di samping dapat berkongsi ilmu dengan orang lain,” katanya.

Mohd Khalis Khalid

Sementara itu, johan PENITI V Mohd Khalis Khalid,22, berkata beliau berasa sangat terkejut kerana tidak menyangka akan terpilih sebagai johan namun tetap bersyukur di atas kemenangannya itu.

“Cabaran paling sukar dalam pidato ialah untuk menyediakan teks yang baik untuk di ucapkan. Sebab itu saya jadikan amalan  membaca sebagai kewajipan dalam kehidupan kerana pidato memerlukan pesertanya mengetahui pelbagai isu yang berlaku,” katanya yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 2000, piala iringan dan sijil.

Syazwan Shuhaimi

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Syazwan Suhaimi, 24, berkata beliau datang sebagai tanda sokongan terhadap rakannya yang menyertai pertandingan itu.

“Penganjuran PENITI V merupakan platform yang baik untuk  mahasiswa menyatakan pendapat mereka terutamanya berkaitan bidang kepemimpinan kerana mahasiswa adalah pelapis pemimpin masa depan.

“Walaupun jauh, saya sanggup datang kerana saya memang minat dalam bidang pidato. Saya sendiri adalah pendebat UIA, maka ini adalah peluang untuk saya mempelajari teknik-teknik pidato,” katanya.

One Response to UPM tempat ke-2 PENITI V 2010

  1. aBu muAwiyah says:

    SYabas!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: