Komunikasi Punca Graduan Sukar Dapat Kerja

SERDANG, 18 MAC – Kelemahan komunikasi termasuk penguasaan Bahasa Inggeris adalah antara punca graduan universiti sukar memperolehi pekerjaan selepas bergraduat kelak.

Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran dalam ceramahnya berkata statistik yang dilakukan oleh Jobstreet.com menunjukkan 55.8% graduan mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris diikuti sikap dan personaliti yang lemah iaitu 37.4% dan meminta gaji yang tidak bersesuaian 33%.

“Para majikan kini mengharapkan para graduan mampu berkomunikasi dengan baik terutamanya dalam Bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa dunia sekarang. Selain itu, masalah tidak boleh berfikiran kritis, tidak beretika dan tidak boleh bekerja dalam kumpulan juga adalah masalah utama graduan sekarang,” katanya di Roadshow Kesedaran Kemahiran Insaniah Kolej Kediaman UPM di sini.

Sementara itu, pelajar Megat Marwan Megat Nizar, 23, berkata Kemahiran Insaniah sangat penting kepada pelajar sekarang kerana tuntutan pasaran yang bukan saja mahu graduan cemerlang dari segi akademik tetapi juga mempunyai kemahiran tambahan lain.

Muhammad Shafiq Shahizan, 22, berkata tahap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar UPM adalah sederhana kerana masih ramai pelajar UPM tidak mahu terlibat dengan aktiviti-aktiviti di luar sebaliknya lebih suka berada di dalam bilik masing-masing.

Ong Min Jie, 21, berkata bilangan pelajar yang cemerlang dalam akademik semakin ramai maka apa yang membezakan antara mereka ialah kemahiran insaniah yang ditonjolkan oleh graduan ketika menghadiri temuduga yang akan memastikan mereka dapat menarik perhatian majikan.

Mastura Mohamad, 22, berkatapelajar universiti  dapat mempelajari kemahiran insaniah hanya apabila mereka menyertai aktiviti yang tidak formal di luar dewan kuliah kerana kemahiran tersebut tidak dapat dipelajari dalam dewan kuliah.

“Salah satu cara untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris adalah kita perlu berkomunikasi menggunakannya setiap hari. Cadangan saya agar setiap Kolej Kediaman mengadakan program Minggu Bahasa Inggeris di mana pada minggu tersebut segala komunikasi adalah dalam Bahasa Inggeris,” katanya.

Siti Fatimah Md Akhir, 21, berkata pelajar perlu berfikiran kritis dalam pelbagai isu terutamanya isu nasional kerana pelajar universiti seolah tidak mengambil berat terhadap peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka.

“Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu bersaing kerana tidak kreatif dalam berfikir. Majikan kini mahukan pekerjanya cemerlang dalam merancang, melaksana, menilai dan seterusnya memimpin organisasi ke tahap yang tinggi,” katanya.

2 Responses to Komunikasi Punca Graduan Sukar Dapat Kerja

  1. elizabeth says:

    Salam 1Malaysia,
    Berkaitan isu Bahasa Inggeris :

    Berdasarkan statistik tersebut, boleh kita katakan, sektor swasta berperanan penting dalam konteks ini.
    Sektor swasta di Mlaysia lebih menekankan penggunaan BI untuk mengeratkan jaringan global dengan pasaran antarabangsa. Tanpa penguasaan BI yang kukuh,maka sukarly kita sebagai rakyat Malaysia untuk turut duduk sama rendah, berdiri sama tinggi … See Moredengan negara-negara antarabangsa. Jadi, tidak hairanlah jika majikan memerlukan tenaga pekerja yang berkemahiran BI,kerana ia merupakn suatu kriteria ‘recruitment’ pada era globalisasi kini. Jangan kita menjadi “katak di bawah tempurung”. Tapi ia tidak mengajar kita untuk melupakan BM sebagai bahasa pertama.=) cuma gandakanlah kemahiran yang kita sedia ada.

    Untuk berjaya,formula ini perlu dipraktikkan.
    (” KELEBIHAN” + “KEMAHIRAN”)X2 = KEJAYAAN

  2. Muhammad Yunus says:

    According to a research by Laurette (which recently bought a majority share of INTI College), 60 percent of employers surveyed believed that the English language proficiency is a requirement for employability.

    English has become a huge necessity when employability is concerned. My company has been running a lot of programmes to improve the employability of people i.e. students and people looking to switch job or re-enter the job market. We are interested in running a one-day employability workshop for final year students for FREE (beverages and stationaries not included – master copy of notes shall be given for printing); and was wondering whether you lot would be interested to take up our offer. There’s a catch though. It should happen in May.

    If you’re interested with our FREE services, let us know. If you’re wondering, this is part of our CSR initiatives. You can contact me at yunus@hngsc.com or 0123116542.

    To preview some of our work, feel free to click on http://thedebatingnews.wordpress.com/2010/03/18/uitm-cairex-2010-looking-for-a-job-stop-trying-too-hard/.

    Looking forward to an exciting collaboration.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: