MAKLUMAN : PEMBUKAAN AKAUN TABUNG HAJI

Kepada rakan-rakan mahasiswa UPM yang masih belum buka akaun Tabung Haji, Tabung Haji sekarang mengadakan promosi untuk mahasiswa mendaftar tanpa memerlukan sebarang bayaran.

Rakan-rakan juga akan menjadi ahli Kelab TaHa secara automatik selepas mendaftar.  Bagi pelajar yang telah membuka akaun Tabung Haji tetapi masih tidak mendaftar sebagai ahli Kelab Taha, boleh mendaftar juga.

Mohon isi maklumat diri di link ini ( MAKLUMAT DIRI )

Antara keistimewaan Kelab TaHa@U ialah rakan-rakan berpeluang untuk berkhidmat dan mendapat keutamaan :
- Program Skim Latihan Graduan
- Latihan Amali/praktikal
- Program Sukarelawan
- Menyertai aktiviti kelab
- Diskaun harga di lebih 200 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia

MAKLUMAN : PERLANTIKAN SEBAGAI PELAJAR PERANTARA UPM 2012

poster-mpp

MAKLUMAM : PERKHIDMATAN BUS KE LCCT & KLIA

Perkhidmatan bas percuma dari UPM ke LCCT dan KLIA akan disediakan mengikut butiran berikut :

1. 14 Januari 2011 (Sabtu) – 8.00 pagi & 2.00 petang
2. 15 Januari 2011 (Ahad) – 8.00 pagi
3. 16 Januari 2011 (Isnin) – 8.00 pagi & 2.00 petang

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pelajar UPM sahaja.

Sila berkumpul di Gazebo 10 minit lebih awal daripada masa yang tertera di atas.

Pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan ini diminta untuk mengisi borang maklumat diri di mppupm.wordpress.com atau

http://www.facebook.com/mppupm.

BORANG MAKLUMAT DIRI (SILA KLIK DI SINI)

Untuk makluman, perkhidmatan bas dalam kampus akan beroperasiseperti biasa.
Sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi :
1. Chong Jing Han ( 016 6077224)
2. Roslina Japar (017 8461036)
3. E-mail ke mppupm2011@yahoo.com
MPP UPM 2011

MAKLUMAN : ISU KETIADAAN LAMPU DI PARKIR PELAJAR KTP

MPP UPM telah membuat aduan mengenai masalah ketiadaan lampu di parkir pelajar KTP pada minggu lepas.Pada hari ini, MPP UPM telah membuat susulan di PPPA pada pukul 3 petang (21 Nov 2011) dan telah mendapati aduan tersebut telah difail dalam sistem dan diberitahu tindakan seterusnya akan diambil.
Harap maklum.

“SATU PERJUANGAN, SATU HARAPAN”
MPP UPM 2011

Makluman : Pelekat Kenderaan Pelajar Sesi 2011/12

Tarikh Kuatkuasa Pelaksanaan Pelekat Kenderaan Pelajar Sesi 2011/12 ialah 19 Oktober 2011.Oleh itu Permohonan dan Pengedaran Pelekat Kenderaan bagi sesi 2011/12 akan bermula pada:

Tarikh: 19 September 2011 (Isnin)
Tempat: Kaunter Keselamatan,Bahagian Keselamatan.

Harap Maklum.

“Satu Perjuangan, Satu Harapan”
MPP UPM

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.