MAKLUMAN:PERKARA AKADEMIK UPM 2011 (update)

Transkrip Keputusan untuk Pelajar Tahun Akhir boleh diambil mulai sekarang di Bahagian Akademik UPM di Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran UPM.

Bagi pelajar yang belum berguaduat dan ingin mendapatkan transkrip keputusan anda lebih awal untuk tujuan permohonan biasiswa atau tujuan lain yang penting, sila menghubungi pejabat fakulti anda untuk pastikan bila anda boleh mendapatkannya.

Topic Berkaitan:
I) Pendaftaran Kursus
II) Permohonan Semakan Gred Semula
III) Permohonan Ulang Subjek yang Tidak Memuaskan/ Gagal
IV) Pendaftaran Kokurikulum
V) Permohonan Tukar Program


I) Pendaftaran Kursus

-Tempoh untuk pendaftaran kursus akan dibuka dari 10Jun-24Jun 2011.

-Apabila semester dibuka semula, pendaftaran kursus akan dibuka semula selama seminggu sahaja dengan syarat pelajar telah mendaftarkan sekurang-kurangnya satu subjek. Sekiranya tidak, pelajar tersebut akan dikenakan denda sebanyak RM50 untuk setiap subjek yang didaftarkan.

-Bagi kelas yang telah penuh kuota, sila berjumpa dengan pensyarah dan mendapat persetujuan daripada pensyarah berkenaan dan kemudiannya majukan surat sokongan kepada Ketua Pentadbiran Bahagian Akademik.

II) Permohonan Semakan Gred Semula

-Tempoh untuk permohonan semakan gred semula akan dibuka dari 10Jun-24Jun 2011.

-Bayaran sebanyak RM20.00 akan dikenakan per satu subjek.

-Pembayaran boleh dilakukan melalui bank, perbankan online ataupun beli slip semakan gred semula di Bendahari UPM. (Hanya Bank CIMB sahaja)

-Nama penerima bayaran ialah Bendahari UPM. Tujuan: Semakan gred semula. Nama penerima resit ialah nama pelajar.

 Bagi pelajar yang tidak berada di UPM pada masa ini dan ingin membuat penyemakan semula keputusan, anda boleh membayar melalui mana-mana Bank CIMB di Malaysia. No Akaun bagi University Putra Malaysia adalah 12150007457053 . Sila pastikan no akaun yang diisikan adalah tepat. 

-Selepas pembayaran dibuat, pelajar boleh mengisi borang permohonan semakan gred semula di portal pelajar(ESMP).

-Log in to  SMP > Menu > MyBorang > Gred/GB(Semakan semula) > Permohonan Baru > isi borang .

-Keputusan permohonan semakan gred semula akan diumumkan sehari selepas mesyuarat Senat yang seterusnya( Tarikh akan dimaklumkan kemudian). Bayaran akan dikembalikan sekiranya permohonan semakan semula gred diluluskan Senat.


III) Permohonan Ulang Subjek yang Tidak Memuaskan/ Gagal.

-Bagi pelajar yang ingin mengulangi subjek yang pernah diambil, sila daftar mengikut status subjek yang asal. Sistem akan automatik tukar ke status ULT (sekiranya subjek tersebut tidak mendapat gred Gagal) dan status akan berubah ke status ULF (sekiranya subjek tersebut mendapat gred Gagal)   

-Bagi pelajar yang mengulangi sesuatu subjek (ULT), jam kredit untuk subjek tersebut sebelumnya tidak akan diambil kira, tetapi PNG subjek yang asal akan ditambah dengan PNG subjek ulang dan akan dibahagi jumlah jam kredit untuk subjek tersebut bagi kedua-dua semester.

-Bagi pelajar yang mengulangi sesuatu subjek (ULF), jam kredit dan PNG untuk semester asal tidak akan diambil kira langsung. Hanya Jam Kredit dan PNG untuk semester ulang diambil kira. Namun, status asal yang Gagal akan terpapar pada transkip keputusan pada tahun terakhir.


IV) Pendaftaran Kokurikulum

-Bagi pelajar sesi kemasukan adalah sebelum sesi kemasukan 2010/2011, status kokurikulum ialah ELEKTIF. Sekiranya status kokurikulum ialah Yang Wajib, sila rujuk ke Bahagian Akademik untuk tindakan selanjutnya secepat mungkin.

-Bagi pelajar sesi kemasukan 2010/2011, status kokurikulum ialah YANG WAJIB. Sekiranya status kokurikulum bukannya YANG WAJIB, sila rujuk ke Bahagian Akademik untuk tindakan pembetulan dalam masa 2 minggu selepas semester dibuka. Sekiranya pelajar tidak mengubah status kokurikulum dalam tempoh masa tersebut, pelajar akan dikenakan denda sebanyak RM50.


V) Permohonan Tukar Program

-Merujuk kepada AUKU Perkara Akademik 2003, Bahagian F, perkara 67, permohonan pertukaran program pengajian hanya dibenarkan kepada pelajar yang telah menamatkan sekurang-kurangnya DUA semester pengajian dan tertakluk pada syarat berikut:

(a) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian, mestilah sekurang-kurangnya berstatus “BAIK” dan memiliki Purata Nilaian Gred Keseluruhan 2.000.

(b) Pelajar yang berstatus amaran atau percubaan dibenarkan untuk membuat permohonan pertukaran program dengan syarat tidak akan diberi sebarang pengecualian kursus dan dianggap sebagai pelajar baru.

-Sebelum mengisi borang permohonan tukar program, pelajar perlu berjumpa dengan Timbalan Dekan Akademik/Dekan fakulti semasa,Timbalan Dekan Akademik fakulti yang dimohon, dan pihak berkuasa yang berkenaan untuk mendapat sokongan dan persetujuan.

-Selepas itu, pelajar bolehlah membuat permohonan tukar program secara online di portal pelajar(SMP). Log in to SMP > Menu > MyBorang > Tukar Program > Permohonan Baru >isi borang.

-Sementara menunggu keputusan permohonan tukar program, pelajar harus mendaftar mengikut Program sekarang.

-Keputusan permohonan tukar program akan diumumkan pada Minggu Pertama Semester.

Sekian.

“Berilmu Berbakti”
“Satu Perjuangan, Satu Harapan”


MAKLUMAN : Dermasiswa Tunku Abdul Rahman

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dihadiahkan DERMASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Dermasiswa ini diwujudkan untuk mengenang  jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada graduan cemerlang dari Institusi Pengajian Tinggi Awam Negara yang berasal daripada keluarga miskin dan daif.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas
(i)   Warganegara Malaysia.
(ii)  Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Awam diantara hingga Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Awam diantara 30 September 2011Anda tidak perlu tunggu selepas Majlis Konvokesyen untuk memohon. Keputusan peperiksaan dan transkrip lengkap memadai.
(iii)    Berlatarbelakang keluarga miskin.

(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
(i)  Memperoleh keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK / CGPA 3.50 atau lebih.
(ii)  Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang/ aktif dalam ko-kurikulum.

KADAR DERMASISWA
Amaun dermasiswa dan bilangan penerima akan ditentukan secara muktamad dan mutlak oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR.  Sumbangan akan diberi dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN untuk peringkat ijazah pertama sahaja.

PERMOHONAN
Semua  Permohonan mesti  dibuat dengan sokongan Timbalan  Naib  Canselor  (Hal Ehwal  Pelajar) universiti anda. Jika tidak ia akan ditolak.

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2011.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.

Layari http://www.yayasantar.org.my/DTAR.html

MAKLUMAN : Kepada Atlit-atlit UPM Yang Akan Menyertai Kejohanan MASUM 2011

Assalamualaikum / Hi,

Kejohanan Sukan MASUM akan bermula tidak lama lagi. Kepada para atlet yang akan berjuang di bawah panji UPM,  tonjolkan bakat semulajadi anda dalam apa jua jenis sukan yang anda ceburi pada tahap yang tertinggi. Semoga semua atlit beroleh kejayaan yang cemerlang dan seterusnya menjulang nama Universiti Putra Malaysia.

Jika anda, para atlit mempunyai sebarang masalah atau bantuan boleh disalurkan terus kepada wakil mahasiswa anda di akaun facebook rasmi Majlis Perwakilan Pelajar 2011 atau terus berhubung dengan Exco Sukan dan Rekreasi, Mohd Fauzan Misron melalui Facebook atau email fauzan_mppupm2011@yahoo.com

“Berilmu Berbakti”
“Satu Perjuangan, Satu Harapan”

MAKLUMAN : USPOT

Assalamualaikum / Hi,

Alamat Uspot telah ditukarkan secara rasminya kepada  https://uspot.my/
Pelajat tidak dapat lagi login melalui  https://ugw1.uspot.my/.
ID login adalah nombor matrik dan password adalah IC nombor.
Jika anda masih tidak dapat melayari internet selepas login, kemungkinan terdapat masalah dalam sistem, uspot akan mengumpul maklumat anda.

Uspot has changed their address to https://uspot.my/
Student can no longer login from https://ugw1.uspot.my/
The ID should be the matric number, the password should be the ic number. If still cannot online after logging in from https://uspot.my/, that probably means there’s a glitch in the system,  then uspot will need to collect their details.

“Berilmu Berbakti”
“Satu Perjuangan, Satu Harapan”

MAKLUMAN PENTING : KEPADA PELAJAR TAHUN AKHIR

Assalamualaikum / Hi,

Menurut Bahagian Akademik, slip keputusan dan Surat Pengesahan Tamat Belajar boleh didapati di kaunter Bahagian Akademik bermula pada 20 Jun 2011.

Sekian dimaklumkan.

“Berilmu Berbakti”
“Satu Perjuangan, Satu Harapan”

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.