MAKLUMAM : PERKHIDMATAN BUS KE LCCT & KLIA

Perkhidmatan bas percuma dari UPM ke LCCT dan KLIA akan disediakan mengikut butiran berikut :

1. 14 Januari 2011 (Sabtu) – 8.00 pagi & 2.00 petang
2. 15 Januari 2011 (Ahad) – 8.00 pagi
3. 16 Januari 2011 (Isnin) – 8.00 pagi & 2.00 petang

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pelajar UPM sahaja.

Sila berkumpul di Gazebo 10 minit lebih awal daripada masa yang tertera di atas.

Pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan ini diminta untuk mengisi borang maklumat diri di mppupm.wordpress.com atau

http://www.facebook.com/mppupm.

BORANG MAKLUMAT DIRI (SILA KLIK DI SINI)

Untuk makluman, perkhidmatan bas dalam kampus akan beroperasiseperti biasa.
Sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi :
1. Chong Jing Han ( 016 6077224)
2. Roslina Japar (017 8461036)
3. E-mail ke mppupm2011@yahoo.com
MPP UPM 2011

KEMBALIKAN HAK MAHASISWA…

SERDANG, 23 Disember : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) serta beberapa Pemimpin Mahasiswa lain telah mengadakan perhimpunan aman bertempat di hadapan Bangunan Pentadbiran Universiti Putra Malaysia bagi menghantar memorandum kepada YBhg Dato’ Naib Canselor untuk menuntut kembali Kompleks Mahasiswa.

Perhimpunan aman ini bermula pada pukul 3.00 petang dan disertai oleh hampir 40 orang mahasiswa yang terdiri daripada para pemimpin mahasiswa UPM.

Pihak keselamatan UPM bertindak mengawal di sekitar bangunan Pentadbiran bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, dan hanya beberapa wakil sahaja yang dibenarkan untuk berjumpa dengan wakil Dato’ Naib Canselor

Memorandom tersebut diserahkan kepada setiausaha YBhg Naib Canselor, Puan Norizawati Ahmad Jalal pada pukul 4.00 petang di pejabat beliau.

Mereka menuntut untuk mendapatkan kembali Kompleks Mahasiswa sepenuhnya bagi kemudahan Mahasiswa.

Menurut Iqbal Ismat Nordin, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM “Pemimpin-pemimpin mahasiswa pada hari ini bukannya berhimpun untuk berdemonstrasi, sebaliknya ingin menyatakan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh MPP bagi menuntut kembali hak pelajar”.

Tambah beliau lagi, “Sebelum ini beberapa siri rundingan dengan Dato’ Naib Canselor telah dilakukan, namun respon yang diterima amat mendukacitakan”.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 2008 kompleks mahasiswa tidak pernah diserahkan secara rasmi kepada mahasiswa UPM, sebaliknya pihak-pihak lain yang diberi keistimewaan untuk menghuni Kompleks Mahasiswa, perkara ini menunjukkan betapa hak mahasiswa dicabuli”, ujar beliau lagi.

MPP UPM meminta pihak wakil Naib Canselor memberi respon terhadap perkara ini dalam tempoh seminggu.

 

MALAM BERSAMA MPP SEMPENA ‘JIWA 12’

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 12 atas jemputan dalam menjayakan slot ‘Malam Bersama MPP’ sempena program ‘Julang Ilmu Wajah Apresiasi 12 (JIWA 12) Kolej Dua Belas Sesi 2011/2012’. Program ini berlangsung pada 25 November 2011 (Jumaat) di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun dan dihadiri oleh Iqbal Ismat bin Nordin (Yang Dipertua MPP), Fakhrurrazi Ashari (Presiden MTM Kolej 12), Muhammad Arif bin Baba (Naib yang Dipertua MPP), Roslina binti Japar (Setiausaha MPP), Exco-exco MPP, Majlis Tertinggi Mahasiwa Kolej 12, dan warga Kolej Dua belas.

Pelbagai isu kebajikan yang diutarakan oleh pelajar seperti isu pengagihan baucer buku, bas, kafeteria, sistem merit, kemudahan jalan raya, dan bookplan. Semoga segala jawapan yang diberikan pada malam tersebut menjawab segala persoalan yang diutarakan oleh pelajar. Pihak MPPUPM akan membawa cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada pihak yang berkenaan. Semoga ukhuwah sesama pelajar akan terjalin lebih erat lagi.

MAKLUMAN : MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN (MPPK) BIL. 2/2011

Seramai empat ahli MPPUPM iaitu Iqbal Ismat bin Nordin (Yang Dipertua), Muhammad Arif bin Baba (Naib Yang Dipertua), Roslina binti Japar (Setiausaha), dan Ling Li Keat (Bendahari) menghadiri Pra Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Bil. 2/2011 yang berlangsung pada 19 November sehingga 20 November 2011 di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Negeri Sembilan. Pra-MPPK ini disertai lebih 30 IPT yang menghimpunkan Majlis Perwakilan Pelajar daripada IPT seluruh Malaysia dan ia bertujuan sebagai persediaan untuk mesyuarat MPPK Bil. 2/2011.

Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Bil. 2/2011 yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin telah berlangsung pada 21 November 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Mesyuarat ini dihadiri oleh YDP, Setiausaha, dan Bendahari MPP UPM. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, YB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, YB Datuk Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Timbalan Ketua Polis Negara, dan wakil-wakil kementerian.

Sebanyak empat kertas kerja dibentangkan oleh MPP semasa mesyuarat berkenaan seperti :
1. Rasionalisasi Subsidi: Keberkesanan dan Kebergantungan Rakyat (UTM);
2. Goods Service Tax (GST): Antara Kehendak Rakyat dan Keperluan Kerajaan (UIAM);
3. Mencapai Status Negara Maju Tanpa Menjejaskan Jati Diri Bangsa (UiTM); dan
4. Bersediakah Negara Mengamalkan Meritokrasi Mutlak (UniSZA).

Selain itu, terdapat juga beberapa perkara yang diusulkan dalam mesyuarat ini seperti memohon perhatian pihak kerajaan mengenai pemilikan Hospital Serdang, mewujudkan semula rancangan ‘Suara Siswa’, mewujudkan kad pelajar yang membolehkan pelajar membeli barangan dengan harga pelajar/diskaun, dan AUKU (Seksyen 15) perlu dipertahankan.

       

MAKLUMAN : BAUCER BUKU BERNILAI RM200 OLEH PIHAK KPT

Pemberian baucer buku bernilai RM 200 : Pembahagian baucer ke setiap IPT akan dimulakan pada bulan Januari 2012 sebaik sahaja bajet diluluskan. Nilai ini adalah dalam bentuk baucer dan tidak akan ditukarkan kepada tunai. Baucer buku akan diberikan kepada pelajar yang masih belajar dalam tempoh bulan Januari 2012 – Mac 2012 berdasarkan senarai nama pelajar yang akan dihantar oleh pihak universiti. Tempoh sah laku baucer ini adalah selama 3 bulan sahaja (Jan-Mac 2012) dan hanya boleh dibeli di kedai buku yang telah dicadangkan atau ditetapkan oleh pihak universiti masing-masing. (Maklum balas daripada pihak KPT- 20 Nov 2012)

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2011

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.